Pages

Thursday, January 24, 2013

Persediaan dan Peralatan Utama Memancing


Assalamualaikum sahabat semua.

Alhamdulillah, pada kali ini, saya akan berkongsi kepada pemancing-pemancing yang baru hendak bermula memancing. Pertama, mestilah ada peralatan-peralatan memancing bukan? Bagaimana hendak memancing kalau tiada peralatannya.

Saya sarankan, kepada pemancing baru, anda kumpulkan dalam RM 150 terlebih dahulu. Kita akan membeli peralatan-peralatan yang asas untuk mencari pengalaman dalam memancing dahulu. Bila dah makin maju dan makin banyak pengalaman, baru kita akan memilih peralatan yang baru.

Unit Matematik dalam memancing :
Anda juga perlu tahu serba sedikit matematik. Bukan matematik berat, cuma untuk mengetahui kekuatan tali pancing, kekuatan rod dan berat ikan.

Unit yang akan biasa digunakan adalah lb(pound) dan kg(kilogram).

Senang sahaja, 2 lb adalah bersamaan 1 kg. Bermakna, Pound adalah 2 kali ganda daripada kilogram, itu sahaja.

Peralatan Utama :

1) Fishing Rod(Rod Memancing)


   Baiklah, ini adalah rod kepunyaan saya. Harganya lebih kurang RM 42.00 , jika anda pandai pujuk tuan kedai, mungkin anda akan dapat harga lebih murah. Rod adalah peralatan utama, memang wajib kalau hendak memancing. Ini adalah rod biasa, lebih kurang 8 - 25 lb (4 - 12.5 kg). Ini adalah rod untuk memancing di kawasan sungai dan tasik. Jika anda mahu memancing di laut, peralatannya lebih mahal dan perlu berkualiti tinggi. Jika tidak, ikan laut terlepas, dan rod anda patah. Dua kali rugi bukan?

   Mula cari pengalaman memancing di kawasan tasik dan sungai dahulu.

Untuk mengetahui kekuatan rod(Rod Strength), anda boleh melihat di bahagian batang rod. Ada ditulis berapa lb(pound) kekuatan rod anda. Setiap rod mempunyai kekuatan berbeza, bergantung pada ikan yang anda ini pancing. Ikan di laut lebih berat daripada sungai. Untuk sungai, ikan-ikannya adalah dalam 1 - 5 kg, maka anda boleh guna rod bawah 30 lb.

   Untuk di laut, lain cerita. Anda kena guna rod yang lebih kuat.

Rod Strength adalah 8 - 25 lb. Jika terlebih berat ikan daripada kuota ini, mungkin akan mematahkan rod anda. Sesuai untuk sungai dan tasik.


Jenis-jenis rod akan saya post dalam artikel yang lain.
2) Mesin Penggulung(Reel)

   Bagi yang menggunakan rod sebegini (Spinning Rod), anda perlu membeli reel nya. Harga reel berbeza, ada yang RM 10.00, ada yang RM 300.00, bergantung kepada keperluan dan kemampuan anda. Saya cuma menggunakan yang RM 30.00 sahaja, maklumlah, saya masih baru belajar dan bukannya orang yang kaya. Jika memancing dengan peralatan canggih pun, jika Allah tidak mengizinkan ikan untuk dipancing, maka anda tetap tidak dapat ikan. Segalanya bergantung pada ketentuan Allah s.w.t..


Reel : 3 Ball Bearing

Reel mempunyai bilangan bearingnya. Anda boleh lihat pada besi reel tersebut, terdapat labelnya. Ada yang 3 Ball Bearing dan lebih. Lebih banyak bearing, lebih mahal.

3) Forceps(Angkup)

   Ini adalah gadget untuk mencabut dan juga membetulkan mata kail.



4) Mata Kail

   Ini adalah kewajipan kalau hendak memancing, bagaimana hendak mencangkuk umpan jika tiadanya? Pastikan anda menggunakan mata kail yang sesuai dengan jenis ikan yang anda ingin tangkap.


5) Pelampung

   Boleh digunakan sebagai pemberat biasa dan juga untuk memastikan umpan tidak tenggelam ke dasar dan bersangkut dengan rumpai. Sudah nama pun pelampung. Namun ada 3 jenis. 

Pertama, pelampung biasa(Digunakan untuk umpan yang ringan). 

Kedua, pelampun AVON(Digunakan untuk umpan yang berat seperti Bomb Bait), 

Ketiga, pelampung landak. 

Yang ada spring tu adalah pelampung Avon berserta spring, yang sebelahnya adalah pelampung biasa.

Pelampung AVON dan Pelampung Biasa


6) Pemberat

   Digunakan untuk melempar umpan lebih jauh jika umpan terlalu ringan seperti cacing dan juga sebagai penstabil kedudukan umpan.

Pemberat


7) Swivel dan Snaps(Safety Snaps)

   Maaflah tiada gambar, tapi anda boleh search google tentang gambarnnya.Benda ini penting bagi mengelakkan tali daripada berpintal yang akhirnya, anda terpaksa potong. Maka benda ini akan selamatkan tali pancing anda daripada berpintal.

Sekian. Jika ada info, saya akan update lagi. Selamat Memancing!

Permulaan Aqua Angler



Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat semua. Alhamdulillah, blog ini telah pun dimulakan agar dapat berkongsi dengan anda semua serba sedikit mengenai ilmu memancing.

Saya juga masih seorang amatur dalam memancing ini, namun saya akan cuba sebaik mungkin untuk berkongsi dengan anda semua ilmu-ilmu dan juga pengalaman dalam memancing. Anda juga turut boleh kongsikan pendapat dan tips-tips yang menarik kepada kami pemancing yang amatur(baru) ini.

Salam perkenalan, dan selamat memancing!