Pages

Sunday, April 7, 2013

Jenis Ikatan Tali Untuk Memancing

Di sini disertakan beberapa ikatan line yang mudah yang sesuai untuk beginner dan professional. Jadi, selamat mencuba sahabat-sahabat semua :)

(1) Uni Knot

- Ikatan ini amat sesuai untuk mengikat line kepada lubang swivel.


(2) Snell Knot

- Ikatan ini sesuai untuk ikatan line kepada mata kail.



(3) Orvis Knot

- Satu lagi ikatan pada mata kail yang sesuai untuk semua orang.


(4) Palomar Knot

- Ikatan untuk mata kail juga.



(5) Double Uni Knot

- Ini pula adalah ikatan untuk menyatukan 2 line yang terpisah.


Sering Tidak Dapat Ikan

Assalamualaikum w.b.t kepada sahabat-sahabat semua.

Alhamdulillah, kali ini ingin dibicarakan tentang 'Asyik tak dapat ikan jer bila memancing.'

Sebenarnya, rezeki kita telah ditentukan Allah, cuma Allah nak lihat sejauh mana kita berusaha.

Seperti saya, saya pun kaki pancing juga, tetapi sampai sekarang(07 April 2013) memancing masih belum dapat ikan, mungkin rezeki belum dibuka lagi.

Maka, para pemancing sekalian diharap bersabar dan tidak mudah mengalah. Setiap kali kita turun untuk memancing, kita akan mendapat 1-2 pengalaman baru, insha-Allah.

Kali pertama memancing, anda akan dapat pengalaman memasang dan mengikat mata kail(saya akan tunjukkan cara-cara memasang tali/line pada mata kail di artikel lain) serta cara menghayun joran.

Kali kedua anda memancing, anda akan belajar cara untuk menjauhkan lagi lemparan joran anda. Anda juga akan belajar cara susunan mata kail agar tidak tersangkut di kayu dan lain-lain.

Seterusnya, anda akan belajar pula tentang 'drag' yang terdapat di kekili, begitu juga jenis kekuatan tali yang sesuai untuk keadaan memancing.

Kegagalan bukan bermakna gagal selamanya, tetapi gagal menunjukkan bahawa kita masih dalam usaha untuk mencapai kejayaan.

Sekian dari saya, selamat berusaha untuk memancing.

Assalamualaikum.

Umpan Dedak - Ikan Tongsan




1 peket dedak 929
1 peket dedak 920
1 peket dedak 923
1 peket dedak 286 (warna coklat cerah) (cap kepala helang)
Perisa pandan emoclo
Perisa pisang (esen pisang pun bleh)
Spring
Tali braided 25lb
Mata sabit onwer 1/0
Tanah liat
Gabus putih




#Cara-Cara#

(1) Masukkan dedak-dedak tersebut dengan sukatan-sukatan di bawah:
Sepeket dedak 929 500g
Dedak 923 200g
Dedak 920 200g
Dedak 286 100 g
20 ml perisa pandan
35 ml perisa pisang

(2) Kemudian gaulkan dedak tersebut biar sebati.

(3) Masukkan bahan-bahan yang lain:

Perisa pandan emoclo/Perisa pisang

(4) Gaulkan biar sebati sekali lagi. Apabila sudah sebati, masukkan air sedikit demi sedikit sehinggalah tangan kita boleh kepal dedak tersebut. Tidak terlalu keras mahupun lembut.

(5) Bila dah siap bancuh kita ikat mata kail onwer 1/0 pada braided 25lb ukuran dalam 3 ruas jari telunjuk.

(6) Masukkan gabus putih pada mata kail agar mata kail tersebut boleh terapung ke atas dalam air.

(7) Ikatkan tali braided bermata kail tersebut pada spring.

(8) Kepal-kepalkan dedak tersebut pada spring biar segenggam dan berat.(Tidak perlu letak dedak pada mata kail).





TIPS mancing Tongsan
(1) Gunakan plasticine sebagai indicator/radar bahawa ikan sudah makan umpan.

(2) Pastikan tali sentiasa tegang, jika tidak tegang, tarik tali di kekili/reel biar dia tegang semula.

(3) Apabila ikan Tongsan makan umpan, radar tersebut akan jatuh.

(4) Tunggu sehingga radar tu naik baru sentap sekuat hati, kerana mulut ikan tongsan amat keras.



Thursday, January 24, 2013

Persediaan dan Peralatan Utama Memancing


Assalamualaikum sahabat semua.

Alhamdulillah, pada kali ini, saya akan berkongsi kepada pemancing-pemancing yang baru hendak bermula memancing. Pertama, mestilah ada peralatan-peralatan memancing bukan? Bagaimana hendak memancing kalau tiada peralatannya.

Saya sarankan, kepada pemancing baru, anda kumpulkan dalam RM 150 terlebih dahulu. Kita akan membeli peralatan-peralatan yang asas untuk mencari pengalaman dalam memancing dahulu. Bila dah makin maju dan makin banyak pengalaman, baru kita akan memilih peralatan yang baru.

Unit Matematik dalam memancing :
Anda juga perlu tahu serba sedikit matematik. Bukan matematik berat, cuma untuk mengetahui kekuatan tali pancing, kekuatan rod dan berat ikan.

Unit yang akan biasa digunakan adalah lb(pound) dan kg(kilogram).

Senang sahaja, 2 lb adalah bersamaan 1 kg. Bermakna, Pound adalah 2 kali ganda daripada kilogram, itu sahaja.

Peralatan Utama :

1) Fishing Rod(Rod Memancing)


   Baiklah, ini adalah rod kepunyaan saya. Harganya lebih kurang RM 42.00 , jika anda pandai pujuk tuan kedai, mungkin anda akan dapat harga lebih murah. Rod adalah peralatan utama, memang wajib kalau hendak memancing. Ini adalah rod biasa, lebih kurang 8 - 25 lb (4 - 12.5 kg). Ini adalah rod untuk memancing di kawasan sungai dan tasik. Jika anda mahu memancing di laut, peralatannya lebih mahal dan perlu berkualiti tinggi. Jika tidak, ikan laut terlepas, dan rod anda patah. Dua kali rugi bukan?

   Mula cari pengalaman memancing di kawasan tasik dan sungai dahulu.

Untuk mengetahui kekuatan rod(Rod Strength), anda boleh melihat di bahagian batang rod. Ada ditulis berapa lb(pound) kekuatan rod anda. Setiap rod mempunyai kekuatan berbeza, bergantung pada ikan yang anda ini pancing. Ikan di laut lebih berat daripada sungai. Untuk sungai, ikan-ikannya adalah dalam 1 - 5 kg, maka anda boleh guna rod bawah 30 lb.

   Untuk di laut, lain cerita. Anda kena guna rod yang lebih kuat.

Rod Strength adalah 8 - 25 lb. Jika terlebih berat ikan daripada kuota ini, mungkin akan mematahkan rod anda. Sesuai untuk sungai dan tasik.


Jenis-jenis rod akan saya post dalam artikel yang lain.
2) Mesin Penggulung(Reel)

   Bagi yang menggunakan rod sebegini (Spinning Rod), anda perlu membeli reel nya. Harga reel berbeza, ada yang RM 10.00, ada yang RM 300.00, bergantung kepada keperluan dan kemampuan anda. Saya cuma menggunakan yang RM 30.00 sahaja, maklumlah, saya masih baru belajar dan bukannya orang yang kaya. Jika memancing dengan peralatan canggih pun, jika Allah tidak mengizinkan ikan untuk dipancing, maka anda tetap tidak dapat ikan. Segalanya bergantung pada ketentuan Allah s.w.t..


Reel : 3 Ball Bearing

Reel mempunyai bilangan bearingnya. Anda boleh lihat pada besi reel tersebut, terdapat labelnya. Ada yang 3 Ball Bearing dan lebih. Lebih banyak bearing, lebih mahal.

3) Forceps(Angkup)

   Ini adalah gadget untuk mencabut dan juga membetulkan mata kail.



4) Mata Kail

   Ini adalah kewajipan kalau hendak memancing, bagaimana hendak mencangkuk umpan jika tiadanya? Pastikan anda menggunakan mata kail yang sesuai dengan jenis ikan yang anda ingin tangkap.


5) Pelampung

   Boleh digunakan sebagai pemberat biasa dan juga untuk memastikan umpan tidak tenggelam ke dasar dan bersangkut dengan rumpai. Sudah nama pun pelampung. Namun ada 3 jenis. 

Pertama, pelampung biasa(Digunakan untuk umpan yang ringan). 

Kedua, pelampun AVON(Digunakan untuk umpan yang berat seperti Bomb Bait), 

Ketiga, pelampung landak. 

Yang ada spring tu adalah pelampung Avon berserta spring, yang sebelahnya adalah pelampung biasa.

Pelampung AVON dan Pelampung Biasa


6) Pemberat

   Digunakan untuk melempar umpan lebih jauh jika umpan terlalu ringan seperti cacing dan juga sebagai penstabil kedudukan umpan.

Pemberat


7) Swivel dan Snaps(Safety Snaps)

   Maaflah tiada gambar, tapi anda boleh search google tentang gambarnnya.Benda ini penting bagi mengelakkan tali daripada berpintal yang akhirnya, anda terpaksa potong. Maka benda ini akan selamatkan tali pancing anda daripada berpintal.

Sekian. Jika ada info, saya akan update lagi. Selamat Memancing!

Permulaan Aqua Angler



Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat semua. Alhamdulillah, blog ini telah pun dimulakan agar dapat berkongsi dengan anda semua serba sedikit mengenai ilmu memancing.

Saya juga masih seorang amatur dalam memancing ini, namun saya akan cuba sebaik mungkin untuk berkongsi dengan anda semua ilmu-ilmu dan juga pengalaman dalam memancing. Anda juga turut boleh kongsikan pendapat dan tips-tips yang menarik kepada kami pemancing yang amatur(baru) ini.

Salam perkenalan, dan selamat memancing!